Kawan baik saya terpaksa mengakhiri perhubungan cinta yang telah berputik berkembang bagai selama 5 tahun kerana telah mendapat tentangan hebat daripada ibubapa keluarga lelaki ittew. Macam haram. Mengapakah perkara seperti ini masih berlaku ye?
Si perempuan datang daripada keluarga sederhana sahaja. Manakala si lelaki adalah anak kepada seorang VIP. Adakah perbezaan darjat masih berpengaruh dalam pemilihan anak menantu di zaman moden ini?
Masalah dengan keluarga mertua bukan lah baru bagi saya. Sebelum berkahwin lagi saya telah mengalirkan airmata ribuan kali kerana kata-kata yang terkeluar daripada mulut ibu mertua saya. Hazab uols. Apatah lagi selepas menjadi isteri, serangan yang datang daripada keluarga Ij agak bertubi-tubi dan tak masuk akal langsung.
Kawan saya ini masih tidak boleh menerima kenyataan yang kisah cinta beliau telah tamat walaupun kerana paksaan. Kesian kan. Masih lagi beliau berharap agar perkara ini boleh diubah, diperbaiki. Ye lah tu. Saya telah nasihatkan beliau agar lupakan saja si lelaki ittew. Bukan apa uols, it doesn’t get any better. And then she said, “at least you get to be with the man you love”. Pft. If you really need to work so hard to make your relationship work, it has to be worth your time. To me, fighting other obstacles is acceptable, but fighting MIL? Lagi-lagi yang Melayu. Come on. Buang masa aje uols.
Maka beberapa hari yang lepas, kawan saya ini telah menulis sepucuk surat, nak ditujukan kepada emak si lelaki lah konon nya. NO sayang was my reply to her.
Kenapakah? Kerana saya juga telah menghantar email dan sms kepada mertua saya. Penat je uols nak explain bagai, it ended up being purposely misinterpreted. Menambahkan sakit hati aje. Selepas beribu attempt untuk membaikpulih hubungan agak tak berapa berjaya, saya telah mengambil keputusan untuk ignore sahaja mereka. Walaupun hati terasa bersalah bagai nak rak, jiwa ini terus ketenangan uols. With that, I also learned that they don’t actually care.
Mengapakah?
Ladies, first of all, you should understand that the attacks have nothing to do with you. Seriously, mereka tak peduli pun anda sakit hati ke, bahagia ke, merana ke, makan ke, tak makan ke. Anda mungkin tertanya-tanya, jika tak peduli, kenapa kata macam-macam?
Ha. Pertama. Sindrom Monica Geller. I’m going to love you so much that no one is going to be good enough for you. Begitu lah kata-kata Monica kepada anak lelaki nya Jack Bing.
Saya tak ada anak. Tapi saya faham lah, jika saya ada anak lelaki, saya akan sayang gila babs sampai saikohell. Bila dia ada girlfriend nanti, mula lah rasa serba tak kena. Ye lah kita jaga dia seumur hidup, of course kita rasa dan sentiasa mahu jadi yang terbaik like tiada tolok bandingan nya. Masa ini lah rasa semua orang tak cukup bagus untuk anak kita. Yang bagus kita aje lah, forever and ever.
Jika dia dah beristeri, kita tetap nak jadi lebih baik dari isteri dia kan. Apa saje si isteri dia buat, memang cikai je di mata kita. No competition lah bak kata orang. Jadi wahai kawanku, jikalau anda berkahwin dengan lelaki ittew pun, masalah ini tetap akan ada selama-lamanya. Yang macam ini di panggil sindrom Marie Barone. Yang cenggini memang berani mati uols. Don’t play play.
Yang kedua. All they want is for their sons to be around. All the time if possible. Seriously, they pick on you not because they don’t like you. Mereka tak puashati lah, anak lelaki yang sorang ni jarang balik, jarang telefon. Tetapi oleh kerana perasaan sayang, mereka tak boleh nak marah anak sendiri, jadi nya tempias lah kat si isteri. Kenapa tak marah je anak sendiri, anda kata?
Cenggini, apabila suami/ boyfriend anda ada perempuan lain, anda marah bagai nak rak kan? Kalau boleh nak baling lah asid bagai kat muka perempuan puaka panggilan neraka ittew. Tetapi anda masih terima si suami/ boyfriend kan. Kerana apa? Kerana sayang lah konon. Marah kat lelaki kejap je. Marah kat perempuan lahanat tu sampai ke mati. Mengapakah? Padahal si janz tu yang gatal merenyam, ha baling lah acid kat dia. Perempuan tu entah-entah tataw pun si janz dah kawin ke apa ke.
Nombor 3. Sindrom Raymond Barone. I like to be taken care of. Maybe I want someone like my mother. Ish simpang uols, jangan lah pilih jejanz yang cenggini. Sakit jantung uols.
Kesimpulan nya, saya faham perasaan kawan ku ittew. Kita ingat di zaman moden ini, takde dah la yang narrow-minded, apatah lagi di kalangan keluarga ternama dan berpelajaran. Non ado uols. Nasihat ku kepada wanita-wanita yang dah terlajak kahwin dan forever makan hati dengan mertua masing-masing, IGNORANTES je lah. Yang belum terlajak tu, angkat kaki cabut lah sekarang ye. Tiada yang terbaik daripada ittew. Serious.
Dan tak perlu lah bersusah payah nak mengexplain ke hantar surat ke apa ke. Kita tak buat salah, kenapa nak kena minta maaf? If anyone should explain and apologize, it would be the parents. Explain why you are treating me badly. Explain why you think I’m not good enough for your son.
Kepada jejanz, rajin-rajin la menjenguk emak masing-masing supaya emak anda tidak menyusahkan pasangan anda kelak.