Category Archives: Blog

Hmm. Sedapnya saya. Budak-budak tutup telinga.

Dulu blog. Lepas tu berhenti. Blog. Berhenti.

Kenapa blog lagi?

Sebab nanti di London saya akan sangap macam tiada hari esok (like there’s no tomorrow lah). Kawan baik saya semua di KL dan satu di Abu Dhabi, maka masa tidur kita akan berbeza antara satu sama lain. Kucing saya hanya akan tiba di London pada bulan May. Tambahan pula, saya akan terasa nak bunuh diri dengan ketiadaan rokok Sampoerna hijau saya. Tahi. Tadi ternampak rokok Indonesia itu di Ebay UK. Harganya lebih kurang £12 kotak 16 batang termasuk kos perkapalan. Bila baca deskripsi oleh penjual secara teliti, baru saya perasan bahawa:

THIS AUCTION IS FOR THE PACKAGING ITSELF, NOT THE TOBACCO INSIDE! NOT FOR CONSUMPTION!

Eeeee. Vavi vavi vavi.

Oleh kerana saya mungkin tiada teman bercakap pada waktu itu, saya hanya mampu meroyan dengan blog sahaja.

Harap-harap dapat berbuat kawan dengan Chris Martin atau Sacha Baron Cohen. Hiks.