

Vavi betul tuan-tuan aku.
Tadi selepas makan tengahari di Café 888, kami luangkan masa untuk beriadah dengan kekucing. Nama saja kekucing, walhal perangai mereka lebih kepada monyet dan ungka.
Tiba-tiba Ij mengajuk cara Dr H bercakap. Siap dengan ekspresi muka. Ya ampun. Kelakar sungguh.
Dr H ialah doktor haiwan kami. Badan sasa, kacak juga, muda, bertutur dengan slang Amerika, dan yang paling penting dia lembut dan sopan. Saya suka dia. Itu kerana saya bias. Saya memang suka yang kacak dan sasa. Yang yum. Best tau.
Hari Selasa yang lepas, kami ke klinik Dr H untuk memasukkan cip mikro ke dalam badan Tipak. Apa itu cip mikro? Cip mikro ialah salah satu keperluan yang ditetapkan oleh DEFRA (Department for Environment, Food and Rural Affairs) untuk membolehkan haiwan dari negara-negara lain masuk ke United Kingdom di bawah Pet Travel Scheme (PETS). Ala-ala passport lah. Ada lagi, vaksin hanjing gila lah, ujian darah lah, ujian Nipah lah dan macam-macam lagi. Nipah tu daun ye? Eh, vaksin hanjing gila? Hish. Rabies lah. Lembap.
Kawan saya Ja bertanya, cip mikro tu macam kad sim ke? Err tidak ye. Cip mikro tu berbentuk seperti peluru miniatur. Kesian Tipak. Dah la buta, dipasang susuk pula. Saya tidak sanggup melihat kucing saya dizalimi dengan cip mikro, maka saya keluar dari bilik rawatan. Ij tinggal di dalam untuk memastikan semuanya baik-baik.
Tak sampai 5 minit, Ij keluar dari bilik rawatan bersama Tipak.
Tipak cool aje kata Ij. Tak melompat atau terkejut ayam. Hebat. Saya bangga dengan kucing saya. Kacak dan sasa. Saya suka lah.
Menurut Dr H, kucing akan lupa tentang cip mikro yang azab tu. Lagi-lagi jika dihidangkan dengan makan kegemarannya. Tipak suka sotong mentah. Tapi dia dah tua. Gigi pon tinggal 5 batang, macam mana nak kunyah sotong yang liat tu? Hish.
“Kejap aje dah lupa. Jangan pulak urut tengkuk dia hari-hari sambil cakap ‘ni cip mikro kau, ni cip mikro kau’ kan.”
Dr H gila.