Malaysia is just fascinating.
I don’t know. I don’t know what we are. I don’t know if we want to change.
It’s funny, a country so small, a country full of pride, houses people like us. We, nothing is ever going to be good enough for us.
What is so terribly wrong with switching off the lights for an hour?
Huiyo. Ramai nya yang membantah di Malaysia. Apa guna tutup lampu sejam?
We fucking get it okay. One hour isn’t going to change the world. We are not stupid.
Saya dah berapa tahun tak puasa. Sebab sakit dan tak boleh puasa. Tapi bila orang tanya, saya kata saya malas. Saya kata apa guna beriya puasa 30 hari kalau tak sembahyang, tak tutup aurat? Tengok. Defense mechanism orang-orang Melayu seperti kita ni memang hebat ye. Tiada tandingan. Masuk bab sembahyang pulak. Dah tak puasa tu tak puasa lah.
Kawan saya jawab, kita tak patut fikir macam tu, kita buat yang termampu sahaja lah. Kalau boleh puasa, cuba lah puasa. Kalau boleh sembahyang, mesti sembahyang.
Sama juga bila orang mengutuk perempuan Melayu yang merokok dan minum arak. Yang merokok akan kata, alah yang bertudung lagi teruk, semua video poron di Malaysia dibintangi oleh akak-akak bertudung.
Kesian akak-akak bertudung, tak pasal-pasal masuk cerita. Bukan semua akak-akak berperangai begitu.
Tapi begitu lah kita di Malaysia. Semua benda tak kena. Semua benda tak cukup. Orang tu tak bagus, orang ni poyo. Susah nak gembira, sebab kepala ni asyik fikir macam mana nak defend diri sendiri, macam mana tembak orang tu dan orang ni.
Saya dah lalui semua itu.
Saya gembira di sini. Semua nya penting. Bumi penting. Haiwan penting. Makanan penting. Udara penting. Pendatang haram penting.
Kalau anda mampu, tutup lah lampu. Bukan susah pun. Ada ramai yang sayangkan bumi. Ramai yang kitar semula, makan sustainable food, tak beli kereta, tak mandi. Eh. Sokong lah mereka supaya mereka tahu usaha mereka selama ini tidak sia-sia.
Takpe lah sejam pon. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

