Sejuk gils babs.
We won’t have broadband at home until the 8th of December. Lembap lah Virgin.
Sejuk gils babs.
We won’t have broadband at home until the 8th of December. Lembap lah Virgin.
Hari apa entah, saya ke kedai Kelantan berhampiran dengan rumah. Ij suka masak, tapi bukan selalu lah. Hari itu beliau ingin memasak Carbonara tapi di rumah tiada lada hitam. Jadi beriya la beliau memaksa saya ke kedai.
Waktu itu sudah menjelang 6 petang. Saya tak suka ke kedai pada pukul 6 petang kerana akak-akak bertudung telah pulang dari tempat kerja masing-masing dan akan singgah di kedai runcit untuk membeli-belah.
Bukan lah nak diskriminasi kepada akak-akak bertudung. Tetapi.
Everytime, mereka akan menyusahkan saya dengan memaksa saya beratur dengan lama sekali. Akak-akak ni selalu ke kedai secara berkumpulan. Kadang-kadang berlima. Yang pelik nya masing-masing membeli-belah individually, saya agak mereka masak dan makan berasingan walaupun mereka ini tinggal di rumah yang sama.
Hantu betul.
Manalah tak beratur panjang kalau masa nak membayar tu abang cashier terpaksa timbang barangan mereka yang seribu tapi dalam kuantiti yang non-ado.
Contohnya seperti.
Kakak A membeli:
Kakak B membeli:
Kakak C membeli:
Aiyo. Sedih lah. Perlu ke? Sehelai daun limau purut? Setangkai serai? Benda-benda ni sebenarnya di jual berikat. Satu ikat RM1. Boleh pulak dia petik sehelai je. Kan ke menambahkan kerja abang cashier nak menimbang segala?
Susah ke nak beli, masak dan makan bersama, dah alang-alang duduk serumah. Bukan kah seronok berkongsi dengan kawan-kawan? Sharing is caring uols.
Bertuah saya kerana tiada seorang pun kawan saya yang berkira atau beli makan sendiri-sendiri. Walaupun masa kami belajar dulu, kami tak kisah pun siapa makan makanan siapa yang beli. Ha, faham ke ayat tu? Saya pun tak faham. Takde pun kami membahagi-bahagikan kawasan masing-masing dalam peti sejuk. Takde pun kami tulis nama di atas makanan supaya orang lain tak ambil.
Pendek kata, kawan-kawan saya rock lah.
Eeee. Seriously, perlu ke?
Penat nya la hai.
Padahal tak buat apa pun hari ni.
Tadi kami santap teppanyaki untuk lunch. Tak sedap pun. Kedai- kedai yang namanya Mr Teppanyaki ke Puan Teppanyaki ke sememangnya adalah crap semata. Walau bagaimanapun, untuk meneruskan usaha kami yang kononnya mahu berjimat, terpaksa lah kami lupakan restoran Jepun kegemaran kami saya iaitu Zen di Sunway Pyramid buat sementara waktu.
Teppanyaki ialah pilihan yang kurang bernas untuk saya. Ada kubis dan taugeh. Sayuran yang disebutkan itu boleh memudaratkan perut yang gastritis serta badan yang dipenuhi dengan angin-angin sepoi bahasa.
Tujuan sebenar kami ke Ikano ialah untuk membeli sangkar untuk si Tips. Tips perlu dikuarantin di Malaysia selama 6 bulan, kemudian baru mendapat kebenaran untuk terbang ke London. Tips akan berada di bawah penjagaan adik Ain di Cyberjaya. Ain ni bagus. Beliau masih belajar di MMU. Kerana sayangkan haiwan (terutamanya kucing), terlintas di hati Ain untuk mengasaskan rumah perlindungan kucing (cat shelter). Saya dari dulu ingin buat perkara yang sama. Cuma beza saya dan Ain ialah saya ni poyo-poyoan je.
Oleh kerana saiz si Tips ni agak gorgon juga, kesian pula nak beli sangkar kucing yang muat-muat lite je. Maka kami membuat keputusan untuk beli sangkar anjing. Besar dan berat nak mampus. Harganya RM351 di Pet Safari. Tak apalah. Yang penting kucing gorgon ku selesa.
Sangkar ini akan kami dermakan kepada Bubu Shelter kepunyaan Ain selepas tamatnya tempoh kuarantin Tips.
Cenggini la rupa sangkar ittew.
Sebenarnya ada lagi nak tulis ni, tapi malas pulak. Mengantuk lah, sakit perut lah, macam-macam lagi lah alasan yang kurang senonoh.
Kat luar hujan. Tidur best ni.
Boy am I loving all the drama!
All the Brad worshipping by Angie, and the Angie condemnation by Jen, and now the upset Brad hence the reported furious phone call to Jen.
I think it’s okay for Angie to brag about the man she loves. We all do.
I think it’s okay for Jen to feel hurt for another 100 years. We all do.
I just don’t think Brad is entitled to be mad about anything. He’s the one who was married to a beautiful woman, and left her to be with another beautiful woman, and at present living with six beautiful children.
Like wtf?
Life is so. Unfair.
Saya agak cuak pada waktu ini. Oh well, saya memang forever cuak.
Bukan apa, Ij tiada di rumah. Dia ke masjid untuk solat Jumaat. Nak ke masjid yang jauh pula tu, di Kelana Jaya. Selalunya lepas solat, dia akan singgah ke rumah ibu bapanya (juga di Kelana Jaya) untuk minum petang dan berbual kosong.
Saya sudah biasa dengan rutin hari Jumaat. Ij keluar pada pukul 1 tengahari dan pulang tak tentu waktu. Paling cepat 2 petang, paling lambat 6 petang. Which is fine by me.
Not until last week.
Pada hari Jumaat lepas, di antara pukul 3 ke 6 petang, rumah jiran saya telah dipecah masuk. Saya ada di rumah the whole time. Tak dengar bunyi apa pun.
Hebat perompak sekarang.
Hmm.
Saya rasa seperti ada orang sedang berlegar-legar di perkarangan koridor pangsapuri kami sekarang. Kucing saya juga telah memanjangkan leher dan merenung tajam ke arah pintu hadapan, sambil membuat muka ala-ala curious gitu ye.
Damn.
Lapar lah.
I am so going to miss the ever fabulous Nico Reilly, probably one of my favourite charaters on television. Sadly the show itself isn’t as fab.
Full story here.
On a lighter note, I’m loving the name Nico. Ij totally rejected the idea of naming our (not in the near future) daughter Nico. Nico Nico. Sounds great, no? Nico Ahmad. Yeah, Ij didn’t think so too.
The much anticipated Comme des Garçons for H&M collection hits UK stores today. While the pieces may be too much for some, I totally dig Rei Kawakubo’s avant garde style.
Note to self : Must own the last wool jacket.
The collection first arrived in Tokyo last Saturday. People just went crazy and stood in line for days to get a piece of HM-CDG collaboration. From what I heard, even a gadget launch from Apple can’t top the madness.
Saya suka warna kuning kerana ia sangat ceria dan mengbangkitkan semangat. Konon nya. Bagaimana dengan anda? Suka atau tidak?
Jika diimbas kembali koleksi-koleksi pakaian di Minggu Fesyen global yang lepas (musim bunga 2009), pereka-pereka fesyen kegemaran saya sudah mula mesra dengan warna kuning. Ini telah membuat saya sangat gembira.
1. Lanvin. Milan, 5 Oktober 2008.
2. Vera Wang. New York, 11 September 2008.
3. Bottega Veneta. Milan, 23 September 2008.
Ada beberapa barangan yang berwarna kuning di dalam senarai kemahuan (wishlist lah) saya. Mereka ialah :
1. Jocelyn Warner Leaf Wallpaper in Yellow/Gloss.
2. Ben Sherman Peter Pan Double Breasted Coat
3. Eames Plastic Chair DSX in Lime Yellow.
Lain barang-barang warna kuning yang agak murah dan sesangat lah delightful, jika anda juga mula berminat dengan warna ini :
1. Ikea Lenda Fabric.
2.Twinings Lemon Ginger Tea
3. Beckerman Yellow Plaid Shorts
Dengan itu ye tuan puan, selamat mencuba dan cintailah warna kuning selalu. Alah, saya tahu anda suka. Otak kuning. Gigi kuning kerana merokok. Yang anda tak suka hanya garisan kuning dan lampu isyarat kuning. Tak reti nak berhenti. Useless.
Saya kurang pasti sama ada Ij pernah atau akan baca blog ini. Walau bagaimana pun, ini adalah seutus surat luahan hati sanubari buat Ij.
Dear Sayang,
You know I love Jennifer Meyer. You know I’ve always wanted the Leaf Necklace. Gorgeous. Unfortunately, I’m poor and God knows I don’t even have the money to apply for a visa to actually enter the States and then head to Hollywood and find Roseark and eventually buy the damn necklace. I know you know that too.
Good news for us me, now Jennifer Meyer is available in the UK.
Just so you know, I think the Wishbone Ring is absolutely glorious. I am completely sure that I will love it to death. Okay, maybe not. I get bored easy.
Now, kindly click here if you feel like making my wish come true. Thank you sayang. You are a doll.
Love,
Shidepp